Wednesday, 25 September 2013

Arabian Sweet Gum - Getah Arab - Manna

Arabian Sweet Gum
Getah Arab (Arabic Gum) sejenis prebiotik asli mempunyai potensi dalam industri perubatan dan makanan dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM. Universiti ini terlibat dalam suatu usahasama tiga pihak antara kerajaan, universiti dan swasta untuk meningkatkan pengenalan terhadap khasiat kesihatan dari getah ini. (klik sini untuk membaca dgn lebih lanjut)
 
“ Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna dan Salwa”, (serta Kami berfirman):, Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”, Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (Sebab mereka kufurkan nikmat itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri ”.
(Surah Al Baqarah ayat 57)
 
Kelebihan getah Arab ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.


Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.
Banyak kajian saintifik keatas Arabic Gum mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Arabic  Gum dengan Inulin sebagai Prebiotik.
Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Arabic Gum 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Arabic Gum berbanding Inulin. Ini bermakna Arabic Gum adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.



Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Arabic Gum :

1- Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.

2- Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).

3- Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.

4- Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.

5- Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.

6- Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .

7- Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.

8- Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).

Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

Arabian Sweet Gum 1 

Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Arabic Gum selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Arabic Gum pengurangan paras gula dalam darah.

Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.



Arabic Gum adalah demulcent and melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Arabic Gum didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Arabic Gum dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Arabic Gum 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Arabic Gum berbanding Inulin. Ini bermakna Arabic Gum adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Cara Pengambilan

1. Ambil Arabic Sweet Gum, dan rendamkan dalam air masak. Untuk diminum di pagi hari perlu rendamkan pada malam sebelumnya. Begitu juga untuk diminum waktu malam direndam pada paginya. Biarkannya hingga betul-betul larut.

2. Boleh juga ditumbuk sehingga hancur halus dan dibancuh dengan segelas air masak.

3. Minum dua(2) kali sehari. Pagi dan malam.



Harga Istimewa untuk pembeli di blog KedaiArabMurah


1 Balang (250gm) = RM40 sahaja 

 

Cukup murah !!! Cukup murah !!! Cukup murah !!!
Cepat-cepat, sebelum kehabisan stok.

 

Cara-cara untuk membuat pesanan (klik sini)



Hubungi kami segera untuk pesanan : 019-2298085

Hubungi di Facebook :

https://www.facebook.com/kedaiarab.murah

https://www.facebook.com/kedaiarabmurahmalaysia

Hubungi di Twitter :

https://twitter.com/KedaiArabMurah

0 comments:

Post a Comment

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan atau pesanan sila tinggalkan komen anda dibawah. Insya Allah